FORGOT YOUR DETAILS?

Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka atau lebih dikenali sebagai PERTAM telah ditubuhkan pada 14 Mei 1991 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka 1991 setelah diluluskan penubuhannya oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka yang memberi fungsi dan kuasa-kuasa tertentu kepada PERTAM untuk membangun atau mengusahakan sebarang kemajuan bagi Tanah Adat Melaka.

Walaubagaimanapun PERTAM mula beroperasi pada 16 Februari 1992 setelah menerima Geran Pelancaran daripada Kerajaan Negeri Melaka sebanyak RM 2 juta dan pelantikan seorang Pengurus Besar yang pertama.

Sehingga kini, PERTAM telahpun menjalankan beberapa projek pembangunan yang melibatkan Tanah Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah termasuk tanah estet melalui proses pengambilan balik tanah.

Tugas utama dan peranan yang dimainkan oleh PERTAM adalah membangunkan sektor hartanah samada secara maju sendiri, secara usahasama atau secara penswastaan selaras dengan matlamat menjadikan PERTAM sebagai sebuah agensi yang terunggul pada suatu masa kelak.

PAUTAN KERAJAAN
TOP