Alhamdulillah. Pada 10 Julai 2025 jam 3.00 petang, lawatan Penanda Aras daripada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) ke Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM). Rombongan tersebut telah dihadiri oleh 30 kakitangan LPNPP. Mereka telah diberi taklimat ringkas tentang PERTAM oleh YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM dan taklimat ringkas tentang pembangunan dan perancangan PERTAM oleh Puan Nur Ain binti Muhammad dari Unit Pembangunan & Perancangan PERTAM. Selepas itu, mereka telah dibawa melawat ke Pangsapuri Mampu Milk PERTAM di Bandar Jasin Bestari (BJB), Mukim Ayer Panas, Daerah Jasin, Melaka. Turut mengiringi lawatan ke Bandar Jasin Bestari ialah pegawai-pegawai kanan PERTAM dari Unit Pembangunan & Perancangan PERTAM dan Unit Pemasaran PERTAM.



- Published in Uncategorised