Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat
Pagi Jumaat yang berkah ini, KSK PERTAM telah mengadakan majlis bacaan Yassin dan Doa Selamat untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keampunan untuk kedua ibubapa dan kaum keluarga yang hidup atau yang telah meninggal dunia serta untuk kesejahteraan Warga PERTAM dan Organisasi PERTAM agar dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Majlis ini juga akan mempereratkan lagi silatulrahim antara pegawai, kakitangan PERTAM dan anak syarikat PERTAM… Aminn.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penutupan Pengauditan Penyata Kewangan PERTAM Tahun 2023
Hari ini telah diadakan satu mesyuarat bagi Penutupan Pengauditan Penyata Kewangan PERTAM Tahun 2023. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Audit Negeri Melaka, Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Timbalan Pengarah Audit Negeri Melaka, Puan Siti Fatimah binti Mansor, Penolong Pengarah Audit Negeri Melaka, Encik Ismail bin Ibrahim, Penolong Juruaudit Negeri Melaka, Puan Yusniza binti Yusof, Jruruaudit Swasta, Pegawai Kanan dan kakitangan PERTAM dari unit kewangan yang terlibat.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pagi ini bertempat di Grand Ballroom, Aras 2, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) berlangsung Majlis Perhimpunan Pentadbiraan Kerajaan Negeri Melaka. Majlis tersebut dihadiri oleh YAB. Datuk Seri Utama Ab. Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka YB. Dato’ Azhar bin Haji Arshad dan tetamu-tetamu kehormat. Datuk Ketua Menteri Melaka telah menyampaikan amanat-amanat kepada semua penjawat-penjawat awam supaya menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan lebih berkesan untuk kemajuan rakyat dan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penghargaan kepada Atlet dan Persatuan Lawan Pedang Negeri Melaka telah diadakan pada hari ini 19 September 2024. Majlis ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengerusi PERTAM iaitu YB. Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Pegawai-pegawai Kanan PERTAM dan kakitangan yang terlibat secara langsung dengan SUKMA XXI Sarawak 2024. Dalam majlis tersebut PERTAM sebagai Jabatan Angkat bagi acara lawan pedang telah memberi sedikit sumbangan kepada Atlet-atlet yang telah memenangi pingat dan kepada Persatuan Lawan Pedang Negeri Melaka. Pasukan Lawan Pedang Negeri Melaka telah memenangi sebutir pingat emas, sebutir pingat perak dan tiga pingat gangsa.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perarakan Maulidur Rasul Tahun 2024
Dengan seramai 25 anggota, PERTAM telah menyertai perarakan Maulidur Rasul tahun 2024 bertempat di Stadium Tun Fatimah. Kontijen PERTAM diketuai oleh En. Abd. Aziz bin Haji Ali. YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM turut menyertai perarakan tersebut.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri Pentadbiiran Kerajaan Negeri Melaka MAPAN 2024
Pada 12 September 2024 bertempat di Hatten Hotel berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri Pentadbiiran Kerajaan Negeri Melaka MAPAN 2024. Warga PERTAM yang turut menerima penganugerahan tersebut ialah Puan Siti Nur Ain binti Muhammad, Puan Azlina binti Md. jani, Encik Yushasrin binti Abu Kasim, Puan Siti hawa binti Mansur dan puan Hjh. fauziah binti Ahmad. Tahniah diucapkan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Tahun ini genablah 32 tahun Tuan Haji Mohd Darus bin haji Salam berkhidmat dengan PERTAM. Bagi meraikan persaraan beliau, PERTAM hari ini telah mengadakan satu majlis bagi mengenang dan memberi penghormatan buat kali terakhir kepada beliau. Seluruh Warga PERTAM mengucapkan selamat maju jaya, jaga diri dan semoga Tuan Haji Mohd Darus diberi kesihatan yang baik. TERIMA KASIH Tuan Haji Mohd Darus bin Haji Salam atas sumbangan dan perkhidmatan yang telah diberikan kepada PERTAM.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat dari Pusat Zakat Melaka
Pagi ini diadakan satu taklimat dari Pusat Zakat Melaka. Taklimat disampaikan oleh Penolong Pengarah Sektor Zakat Individu Melaka iaitu Puan Norazliza Binti Samad. Taklimat turut dihadiri oleh Pegawai dan kakitangan PERTAM.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Pembangunan PERTAM
YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali mempengerusi Mesyuarat Pembangunan PERTAM. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Pembangunan, Perancangan & Teknikal Tuan Hj. Mohd Darus bin Haji Salam.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM menghadiri Majlis Amanat dan perjumpaan dengan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersama dengan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan bertempat di Auditorium Seri Negeri pada 17 Julai 2024.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti