Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg Datuk Mohamad Azmi Sabtu dan Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan (KSK) Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM), Encik Suhaimi bin Harun bersama ahli -ahli jawatankuasa berkesempatan mengadakan Ziarah Kasih Staf PERTAM di kediaman Encik Nor Izhar bin Razali, Pembantu Tadbir (Unit Pemasaran) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Semoga Encik Nor Izhar bin Razali dipermudahkan segala urusan, diberi kekuatan dan kesabaran serta dikurniakan kesembuhan yang sempurna seperti sediakala.




