- Membangunkan atau mengusahakan Tanah Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah yang berpotensi dalam sektor perumahan, perniagaan, pertanian dan perusahaan serta lain-lain.
- Mengenalpasti dan merancang pelbagai projek pembangunan yang melibatkan Tanah Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah di dalam sektor utama untuk dimanfaatkan kepada orang Melayu dan pembangunan negeri Melaka secara keseluruhannya.
- Membangun dan memajukan Tanah Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah yang telah dikenalpasti berpotensi dan mempunyai nilai komersial.
- Memberikan sokongan dan bantuan di dalam bentuk khidmat nasihat dan usahasama dengan tuan tanah yang memiliki Tanah Adat Melaka bagi membolehkan mereka menikmati pulangan pembangunan ke atas tanah tersebut.
- Melaksanakan usahasama dengan pihak memajukan tanah-tanah yang dikenalpasti untuk dibangunkan.
- Menjadikan PERTAM sebagai sebuah agensi kerajaan yang berdaya saing melalui kekukuhan, kemantapan dan kestabilan kedudukan kewangan.