Program Ceramah mengenai Pengukuhan Integriti
5 January 2023 : Program Ceramah mengenai Pengukuhan Integriti : Pengkisahan Dari Tirai Besi yang telah disampaikan oleh Tuan Mohd Firdaus bin Ramlan. Program ini turut dihadiri oleh Penanggung Tugas Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Darus bin Haji Salam, Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia Encik Abd. Aziz bin Haji Ali, Pegawai2 Kanan PERTAM dan staff PERTAM dan anak syarikat.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat serta sambutan hari lahir kakitangan yang lahir pada bulan Julai hingga Disember
22 Disember 2022 : Pada pagi ini Kelab Sukan & Kebajikan PERTAM (KSK PERTAM) telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat serta sambutan hari lahir kakitangan yang lahir pada bulan Julai hingga Disember. Majlis ini dihadiri oleh Pemangku CEO Tn. Haji Mohd Darus bin Haji Salam



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjanjian di antara Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) dengan Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
15 September 2022:
15 September 2022 telah terpatri satu perjanjian di antara Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) dengan Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mengenai pertukaran tanah bagi cadangan pembangunan Pusat Hemodealisis Intergratif di Bukit Katil. Cadangan Pusat Hemodealisis ini akan dibangunkan di atas tanah MCL. Semoga cadangan pembangunan ini dapat direalisasikan dengan segera.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat Keselamatan dan Latihan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Bukit Kati
9 September 2022:
Taklimat Keselamatan dan Latihan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Bukit Katil telah diadakan di bilik mesyuarat utama PERTAM bagi memberi penerangan kepada Pegawai dan Kakitangan PERTAM tentang pencegahan bagi mengatasi kemungkinan berlakunya kebakaran di pejabat.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
8 September 2022:
Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke 65 dan Sambutan Hari Malaysia Ke 59 peringkat Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) yang telah dirasmikan oleh YB. Senator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM yang menggantikan Timbalan Pengerusi PERTAM iaitu YBhg. Datuk Haji Rospandi bin Haji Leman yang terpaksa meninggalkan majlis atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PERTAM
2 September 2022:
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PERTAM yang berlangsung di Seri Bendahara yang telah dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
19 August 2022:
Majlis Bacaan Yassin Perdana dan Doa Kesyukuran serta Solat Jenazah atas pemergian Allahyarhamah Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina Binti Kassim yang telah dilansungkan di Masjid Al-Azim. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira Dr. Hajah Asmah Binti Ab. Rahman serta diiringi oleh YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
30 May 2022:
Majlis Jamuan Hari Raya Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Melaka yang telah diadakan di MITC pada 28 Mei 2022. Gerai PERTAM yang turut dikunjungi oleh Tetamu-Tetamu Terhormat. Majlis ini turut dihadiri oleh TYT dan Tetamu Kehormat yang lain. Majlis bermula dari jam 2.00 petang dan berakhir lewat petang. Pelbagai juadah yang telah disediakan dan kanak-kanak serta tetamu yang hadir juga telah diberi duit raya oleh TYT dan Tetamu-tetamu kehormat pada majlis tersebut.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
23 May 2022:
Majlis Rumah Terbuka anjuran JAPERUN Bukit Katil / PERTAM yang telah diadakan di Kompleks JAPERUN Bukit Katil berjaya dan telah dihadiri oleh rakyat yang berbilang kaum. Majlis tersebut turut dihadiri oleh tetamu kehormat seperti TYT, Ketua Menteri Melaka, EXCO Melaka dan ketua-Ketua Jabatan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Rumah Tertutup Sempena Hari Raya Aidil Fitri
20 May 2022:
Rumah Tertutup Sempena Hari Raya Aidil Fitri. Terima kasih YB. Senator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali CEO PERTAM yang begitu sporting dalam melayan kerenah kakitangan PERTAM. Bagi kakitangan PERTAM hari ini merupakan hari yang tidak akan kami lupakan buat selama-lamanya.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti