- Memberikan perkhidmatan secara profesional, berhemah, mesra dan efektif;
- Bekerja dan bertindak sebagai satu pasukan selaras dengan visi, misi dan objektif Perbadanan;
- Sentiasa melaksanakan tugas dengan proaktif, progresif dan dinamik selaras dengan arahan dan peraturan perbadanan;
- Sentiasa berusaha ke arah memberi dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang;
- Memajukan Tanah Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah secara efisyen bagi menjamin pulangan yang terbaik;
- Mengutamakan serta menggalakkan kepada penambahbaikan diri melalui pembelajaran berterusan.
- Mengenalpasti, merancang dan memajukan pelbagai projek pembangunan hartanah yang melibatkan Tanah Adat Melaka dan lain -lain jenis tanah yang berpotensi untuk faedah pemilik – pemilik tanah dan pembangunan negeri Melaka secara keseluruhannya;
- Memberi khidmat nasihat kepada tuan tanah yang memiliki Tanah Adat Melaka bagi membolehkan mereka menikmati pulangan pembangunan ke atas tanah tersebut;
- Melaksanakan usahasama dengan Agensi Kerajaan / Syarikat Swasta bagi memajukan tanah – tanah yang berpotensi untuk dimajukan.
- Menyedia dan menawarkan ruang perniagaan yang lebih selesa dan strategik untuk meningkatkan peluang – peluang ekonomi orang Melayu.