FORGOT YOUR DETAILS?

Selamat Datang Ke Laman Web Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka

Terima kasih kerana sudi melayari laman web Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka atau lebih dikenali sebagai PERTAM. Semoga dengan melayari laman web ini anda akan mendapat informasi terkini mengenai PERTAM. PERTAM yang merupakan salah satu agensi di bawah Kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan berdasarkan Enakmen Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka No. 1 Tahun 1991 untuk membangunkan Tanah-tanah Adat di Melaka khususnya Bumiputera. Kini PERTAM bersama-sama Kerajaan Negeri melaksanakan fungsi dan tanggungjawab ke arah Melaka Maju Fasa 2 untuk Negeri Melaka sebagai Negeri Maju meneruskan kesinambungan dalam menuju wawasan 2020.

Sehubungan dengan itu, PERTAM telah merangka dan menjalankan projek-projek pembangunan bagi mencapai hasrat Kerajaan Negeri Melaka. PERTAM menumpukan kepada pelbagai aktiviti seperti tawaran penjualan lot-lot tanah, perumahan, rumah kedai, apartment, Rumah Pangsa untuk pembangunan hartanah secara usahasama dengan pemaju-pemaju swasta, tuan-tuan tanah atau projek pembiayaan sendiri.

Kini PERTAM sedang memajukan Bandar Jasin Bestari yang merupakan bandar baru di Daerah Jasin. Dengan komponen pembangunan terdiri daripada lot-lot banglo, pasaraya, rumah kedai, kediaman dan pangsapuri mampu milik.

Saya berharap semoga PERTAM akan menjadi agensi yang cemerlang dan berdaya maju bagi merealisasikan hasrat kepimpinan Negeri Melaka khasnya dan Negara Malaysia amnya.

Selamat melayari Laman Web PERTAM.


“Melaka Maju Fasa 2”
“ Negeri Bandar Teknologi Hijau”
“ Melaka 753 Tahun”
“Berkat, Cepat, Tepat”

Sekian Terima Kasih.


Datuk Yusof bin Haji Jantan
Ketua Pegawai Eksekutif
PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA

PAUTAN KERAJAAN
TOP