
Pagi ini diadakan pertemuaan antara Unit Kewangan PERTAM yang diketuai oleh Puan Izzatul Ikmal binti Ibrahim dengan Pegawai-pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Negeri Melaka yang di ketuai oleh Encik Mohd Zaini dan Encik Razal. Perjumpaan ini adalah mengenai maklumat pembayaran dan penerimaan untuk tahun 2024.
