Majlis Menandatangani perjanjian usahasama di antara PERTAM Dan Syarikat Rebana Riang Sdn Bhd
Wednesday, 2026
Majlis Menandatangani perjanjian usahasama di antara PERTAM Dan Syarikat Rebana Riang Sdn Bhd bagi membina dan menyiapkan projek perumahan di Mukim Balai Panjang Daerah Melaka Tengah Melaka

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Menziarahi En. Izhar dari Unit Pemasaran PERTAM
Wednesday, 2026
Menziarahi En. Izhar dari Unit Pemasaran PERTAM yang telah terlibat dalam kemalangan kecil. Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan kekuatan dan kesabaran, serta dikurniakan kesembuhan yang sempurna dan dipulihkan kesihatannya seperti sediakala.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 69 TAHUN
Wednesday, 2026
31 Ogos 2026 (Isnin)
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 69 TAHUN
Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina negara yang aman, maju dan sejahtera selaras dengan aspirasi “Malaysian Madani : Kesejahteraan Dinikmati”
Ayuh kita terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuhkan perpaduan dan sama – sama ke hadapan demi Negeri Melaka, Demi Negara Malaysia tercinta.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
28 Ogos 2026 (Jumaat)
YBhg Datuk Mohamad Azmi Sabtu ,Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam Melaka) hadir ke Majlis Perasmian Masjid Ar – Rahman, Kampung Rantau Panjang Masjid Tanah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 1448H/2026M. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (DR.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam (TYT Negeri Melaka).

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Semarak Cinta Rasul 1448H/2026M
Wednesday, 2026
28 Ogos 2026 (Jumaat)
YBhg Datuk Mohamad Azmi Sabtu selaku Pengerusi Masjid Jamek Tanjung Bidara yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (Pertam Melaka) hadir untuk merasmikan Program Semarak Cinta Rasul 1448H/2026M bertemakan “Madani Dihayati, Ummah Diberkati” bersama – sama Tuan Haji Muhammad Rezel bin Masah, Pengetua Sekolah Menengah Arab (JAIM) Al – Ehya El – Karim dan Encik Mohd Nasri bin Sahat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara yang diadakan di Masjid Jamek Tanjong Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
LAWATAN ZIARAH KASIH
Wednesday, 2026
27 Ogos 2026 (Khamis)
LAWATAN ZIARAH KASIH
Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg Datuk Mohamad Azmi Sabtu dan Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM), Encik Suhaimi bin Harun bersama ahli – ahli jawatankuasa berkesempatan mengadakan Ziarah Kasih Staf Pertam Melaka di kediaman Encik Nor Izhar bin Razali, Pembantu Tadbir (Unit Pemasaran) yang telah terlibat dengan kemalangan jalanraya.
Semoga Encik Nor Izhar bin Razali dipermudahkan segala urusan, diberi kekuatan dan kesabaran serta dikurniakan kesembuhan yang sempurna seperti sediakala.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
MAJLIS PERJANJIAN USAHASAMA
Wednesday, 2026
27 Ogos 2026 (Khamis)
MAJLIS PERJANJIAN USAHASAMA
Telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama antara Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) dan Rebana Riang Sdn Bhd bagi cadangan pembangunan di Mukim Balai Panjang.
PERTAM diketuai oleh Timbalan Pengerusi, YBhg Datuk Mohamad Mohd Ridhwan Mohd Ali bersama – sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg Datuk Mohamad Azmi Sabtu.
Manakala syarikat Rebana Riang Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah, Encik Chin Pok Ken dan Encik Ng Ying Cong.
Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi manfaat dan impak positif kepada semua pihak.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
PERLAWANAN SUKAN LAWAN PEDANG DI SUKMA XXII SELANGOR 2026.
Wednesday, 2026
21 Ogos 2026 (Jumaat)
PERLAWANAN SUKAN LAWAN PEDANG DI SUKMA XXII SELANGOR 2026.
Setinggi – tinggi tahniah kepada Toon Zhen Kai atas kejayaan meraih Pingat Emas bagi acara Lawan Pedang Epee Individu Lelaki di SUKMA XXII Selangor 2026.
Pertam Melaka Sebagai Bapa Angkat Sukan Lawan Pedang, kami amat berbangga dapat bersama – sama menyokong perjalanan dan kecemerlangan atlet dalam mengharumkan nama Melaka.
Semoga Kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

- Published in Berita
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H
Wednesday, 2026
25 Ogos 2026 (Selasa)
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H
Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyuburkan akhlak mulia, memperkukuhkan persaudaraan dan membentuk ummah yang berilmu serta beradab.
Madani Dihayati, Ummah Diberkati.

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-77
Wednesday, 2026
24 Ogos 2026 (Isnin)
Setinggi-tinggi Tahniah dan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-77 kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa, kebijaksanaan yang berterusan serta dimudahkan segala urusan dalam meneruskan khidmat kepada masyarakat dan negeri melaka khususnya.

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman










