27 Ogos 2026 (Khamis)
LAWATAN ZIARAH KASIH
Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg Datuk Mohamad Azmi Sabtu dan Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM), Encik Suhaimi bin Harun bersama ahli – ahli jawatankuasa berkesempatan mengadakan Ziarah Kasih Staf Pertam Melaka di kediaman Encik Nor Izhar bin Razali, Pembantu Tadbir (Unit Pemasaran) yang telah terlibat dengan kemalangan jalanraya.
Semoga Encik Nor Izhar bin Razali dipermudahkan segala urusan, diberi kekuatan dan kesabaran serta dikurniakan kesembuhan yang sempurna seperti sediakala.




