28 Ogos 2026 (Jumaat)
YBhg Datuk Mohamad Azmi Sabtu selaku Pengerusi Masjid Jamek Tanjung Bidara yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (Pertam Melaka) hadir untuk merasmikan Program Semarak Cinta Rasul 1448H/2026M bertemakan “Madani Dihayati, Ummah Diberkati” bersama – sama Tuan Haji Muhammad Rezel bin Masah, Pengetua Sekolah Menengah Arab (JAIM) Al – Ehya El – Karim dan Encik Mohd Nasri bin Sahat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara yang diadakan di Masjid Jamek Tanjong Bidara, Masjid Tanah, Melaka.




