27 Ogos 2026 (Khamis)
MAJLIS PERJANJIAN USAHASAMA
Telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama antara Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) dan Rebana Riang Sdn Bhd bagi cadangan pembangunan di Mukim Balai Panjang.
PERTAM diketuai oleh Timbalan Pengerusi, YBhg Datuk Mohamad Mohd Ridhwan Mohd Ali bersama – sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg Datuk Mohamad Azmi Sabtu.
Manakala syarikat Rebana Riang Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah, Encik Chin Pok Ken dan Encik Ng Ying Cong.
Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi manfaat dan impak positif kepada semua pihak.




