إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dukacita dimaklumkan bahawa Hj. Sabtu bin Bakar, ayahanda kepada YBhg Datuk Mohamad Azmi Sabtu telah kembali ke rahmatullah jam 9.15 pagi di Hospital Alor Gajah. Jenazah akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung Bidara, Masjid Tanah.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikannya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
Al-Fatihah.

وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ



