Majlis Bacaan Doa Selamat Sebelum Memulakan Tugas
07 Februari 2022 :
Bermula hari ini setiap hari Isnin jam 8.45 pagi akan diadakan majlis bacaan doa selamat sebelum memulakan tugas. Bacaan doa selamat ini akan dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan PERTAM. Bacaan doa selamat akan dibawa secara bergilir-gilir. Semoga dengan berkat bacaan doa ini akan mempereratkan lagi silatulrahim antara pegawai dan kakitangan serta PERTAM diberi rahmat dan keredhaan oleh Allah SWT..amin.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan Unit Pemasaran Pertam Bersama Bakal Pembeli
03 Februari 2022 :
Lawatan Unit Pemasaran PERTAM bersama dengan bakal pembeli ke Rumah Contoh di Taman Lesung Batu Emas, Daerah Alor Gajah, Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
27 Januari 2022 :
Lawatan Unit Pemasaran PERTAM bersama bakal pembeli ke Taman Intekma Lendu dan Taman Lesung Batu Emas di Lesung Batu Alor Gajah, Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
27 Januari 2022 :
Lawatan Tapak PERTAM bersama CEO MUSA bagi meninjau tanah milik PERTAM di Bandar Jasin Bestari, Mukim Ayer Panas, Jasin, Melaka. PERTAM diwakili oleh Pengurus Pembangunan & Teknikal, Jurutera dan Penolong Pegawai Perancang Bandar.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Inpesction Jalan ACDC Bersama JKR Melaka
25 Januari 2022 :
Inpesction Jalan ACDC bersama dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka di laluan keluar masuk ke jalan utama untuk memastikan keselamatan penduduk Pangsapuri Mampu Milik PERTAM terjamin.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Sesi ‘Short Discussion’ Kelab Sukan & Kebajikan PERTAM
19 Januari 2022 :
Hari ini juga telah diadakan ‘Short Discussion’ Kelab Sukan & Kebajikan PERTAM yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi KSK PERTAM iaitu Encik Suhaimi bin Haji Haron. ‘Discussion’ ini membincangkan tentang program-program KSK PERTAM yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Unit Pentadbiran & Sumber Manusia 01/2022
19 Januari 2022 :
Mesyuarat Unit Pentadbiran & Sumber Manusia diadakan di Bilik Mesyuarat PERTAM yang telah dipengerusikan oleh Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia PERTAM.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat & Lawatan Tapak Kepada Bakal-Bakal Penender
14 Januari 2022 :
Taklimat ringkas oleh pegawai PERTAM kepada bakal-bakal penender berkenaan Tender Jalan 40, 66 dan 132 di Bandar Jasin Bestari, Mukim Ayer Panas, Daerah Jasin, Melaka pada hari Jumaat 14 Januari 2022.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
KSK PERTAM Menziarahi Bekas Pemandu PERTAM
13 Januari 2022 :
Wakil PERTAM dan Kelab Sukan & Kebajikan PERTAM (KSK PERTAM) mengunjungi dan bertanya khabar bekas pemandu PERTAM yang mengalami sakit jantung.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Bersama Kumpulan Perunding
07 Januari 2022 :
Mesyuarat bersama kumpulan perunding yang dilantik bagi membincangkan tentang cadangan pembangunan-pembangunan yang akan dibangunkan oleh PERTAM.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti