29 September 2026(Selasa)
YBhg Datuk Mohamad Azmi Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam Melaka) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2025.
Mesyuarat ini merupakan sebahagian daripada proses pengauditan penyata kewangan PERTAM bagi memastikan urusan kewangan dan pengurusan organisasi dilaksanakan dengan teratur, telus serta mematuhi peraturan dan tatacara yang ditetapkan.




