19 Ogos 2026 (Rabu)
PERLAWANAN SUKAN LAWAN PEDANG DI SUKMA XXII SELANGOR 2026
Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM, YBhg Datuk Mohamad Azmi Sabtu bersama warga kerja Pertam Melaka (Selaku Jabatan Angkat) turut hadir menyaksikan dan memberi sokongan kepada Atlet Lawan pedang di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor.
Seluruh Warga Kerja Pertam Melaka mendoakan agar pasukan Lawan Pedang SUKMA Negeri Melaka terus bersemangat, mempamerkan prestasi terbaik dan mengharumkan nama negeri di pentas SUKMA Selangor 2026.




