MAJLIS PERJANJIAN USAHASAMA
Wednesday, 2026
27 Ogos 2026 (Khamis)
MAJLIS PERJANJIAN USAHASAMA
Telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama antara Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) dan Rebana Riang Sdn Bhd bagi cadangan pembangunan di Mukim Balai Panjang.
PERTAM diketuai oleh Timbalan Pengerusi, YBhg Datuk Mohamad Mohd Ridhwan Mohd Ali bersama – sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg Datuk Mohamad Azmi Sabtu.
Manakala syarikat Rebana Riang Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah, Encik Chin Pok Ken dan Encik Ng Ying Cong.
Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi manfaat dan impak positif kepada semua pihak.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
PERLAWANAN SUKAN LAWAN PEDANG DI SUKMA XXII SELANGOR 2026
Wednesday, 2026
19 Ogos 2026 (Rabu)
PERLAWANAN SUKAN LAWAN PEDANG DI SUKMA XXII SELANGOR 2026
Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM, YBhg Datuk Mohamad Azmi Sabtu bersama warga kerja Pertam Melaka (Selaku Jabatan Angkat) turut hadir menyaksikan dan memberi sokongan kepada Atlet Lawan pedang di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor.
Seluruh Warga Kerja Pertam Melaka mendoakan agar pasukan Lawan Pedang SUKMA Negeri Melaka terus bersemangat, mempamerkan prestasi terbaik dan mengharumkan nama negeri di pentas SUKMA Selangor 2026.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menyemarakkan Semangat Patriotisme
Wednesday, 2026
17 Ogos 2026 (Isnin)
Warga kerja Pertam Melaka menyemarakkan semangat patriotisme melalui pembudayaan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya, Pertam Gemilang dan Ikrar Rukun Negara serta Bacaan Doa.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan Bersama Persatuan Lawan Pedang Amatur Melaka (SUKMA)
Wednesday, 2026
13 Ogos 2026(Khamis)
Perjumpaan Bersama Persatuan Lawan Pedang Amatur Melaka (SUKMA) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pertam Melaka , YBhg Datuk Mohamad Azmi Sabtu bagi membincangkan perkembangan dan persiapan atlet ke arah SUKMA.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
12 Ogos (Rabu)
Kunjungan Hormat serta Sesi Perbincangan antara Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM, YBhg Datuk Mohamad Azmi Sabtu bersama Pengarah di Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta Negeri Melaka (JPPH).

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
7 Ogos 2026 (Jumaat)
Pertam Melaka hadir ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN 2026) yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
10 Ogos 2026 (Isnin)
Pemasangan Bendera Malaysia di sekitar pejabat Pertam Melaka sempena bulan Kemerdekaan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
7 Ogos 2026 (Jumaat)
Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra YB Datuk Wira Haji Azhar bin Arshad Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Bersama Ketua Jabatan Negeri Serta Ketua Bahagian / Unit Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Persaraan bukanlah penamat sebuah perjalanan, tetapi merupakan permulaan kepada lembaran baharu yang penuh dengan peluang dan kebahagian. Selamat Bersara diucapkan kepada YB Datuk Wira Haji Azhar bin Arshad daripada kami di Pertam Melaka

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
6 Ogos 2026 (Khamis)
Jemputan Sesi Webinar Data Raya (Big Data) dan Kecerdasan Buatan (AI) Negeri Melaka 2026 (Secara Dalam Talian)

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang STAM, STPM, SPM & Huffaz Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2025
Thursday, 2026
30 Julai 2026 (Khamis)
Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM, YBhg Datuk Mohamad Azmi bin Haji Sabtu hadir ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang STAM, STPM, SPM & Huffaz Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2025 yang telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










